Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli sah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu.<br /><br />Ia selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu selesai mengangkat sumpah jawatan yang berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dekat Balai Menghadap Istana Arau, pada Selasa.
